X

Kindly register in order to view this article
!

Bukit Aman selesai rakam keterangan Ramesh Rao

Ramesh Rao
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakamkan keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao di Bukit Aman di sini semalam berhubung kenyataan kontroversi dalam akaun Twitternya minggu lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa polis selesai merakam keterangan Ramesh jam 12.10 tengah hari tadi.

Ramesh dilaporkan tiba seorang diri pada 10.10 pagi, bagaimanapun beliau keluar dari Bukit Aman tanpa disedari media yang menunggu di luar ibu pejabat polis itu.

Ramesh dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan terhadap kenyataan Twitter dibuatnya pada 28 Julai lalu mendakwa bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Tun Dr Mahathir Mohamad.

Media melaporkan ahli Bersatu Mohd Afzanizam Abdul Rashid membuat laporan polis di Taiping, Perak pada 30 Julai lepas berhubung kenyataan Twitter berkenaan.

Susulan itu, anak Dr Mahathir Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi akaun Twitternya menyangkal dakwaan yang disifatkan sebagai tidak berasas dan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Mior Faridalathrash berkata, kes itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!