Zulkifli kembali ke KFA sebagai CEO

 Zulkifli dan Mohd Noor
Zulkifli dan Mohd Noor
A
A
A

BEKAS Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi membantu menguruskan persatuan tersebut.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Zulkifli pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Kehormat di dalam KFA sebelum ini bagi penggal 2008 hingga 2013.

Sementara itu, bagi jawatan panas kerusi Setiausaha Kehormat pula, KFA bersetuju melantik Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad bagi jawatan tersebut.

"Mesyuarat KFA juga bersetuju melantik dua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA baharu bagi penggal 2018-2022 iaitu Ibrahim Ismail dan Mohd Noor Mohd Amin.

"Mohd Noor juga turut dilantik sebagai Bendahari baharu KFA bagi menggantikan Mohd Ruzaini Mohd Radzi," katanya.

Mohd Noor bukan nama asing bagi bola sepak Kedah kerana dilantik sebagai Penolong Pengurus Pasukan Piala Presiden Kedah musim 2017-2018 dan sebelumnya bersama skuad pembangunan Lang Muda KFA pada tahun 2015.

Sejak dua tahun lalu, Mohd Noor masih aktif di dalam bola sepak apabila menguruskan pasukan Liga M3, Langkawi City FC.

Artikel Berkaitan: