PH 'penat' layan keyakinan BN, kata Amirudin

Amirudin ketika menjawab pada sidang media pada Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 di Dataran Malawati di sini hari ini.
Amirudin ketika menjawab pada sidang media pada Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 di Dataran Malawati di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pakatan Harapan (PH) Selangor sudah 'penat' untuk mengulas berhubung keyakinan Barisan Nasional (BN) merampas beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini terutama di kawasan bandar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BN sejak dari dulu lagi sentiasa berkeyakinan untuk merampas Selangor, namun gagal berbuat demikian sejak tiga penggal lalu.

"Penatlah hendak jawab (keyakinan BN). Sudah banyak kali (mereka yakin rampas Selangor). Terpulanglah...," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menaruh keyakinan kerjasama antara UMNO, Pas dan komponen BN lain mampu merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan DUN di kawasan bandar pada PRU15.

Terdahulu Amirudin hadir pada Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 di Dataran Malawati di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muafakat Nasional mampu rampas kerusi bandar di Selangor

Amirudin berkata, kerajaan negeri akan terus bekerja dan melaksanakan pembuktian kebolehan pentadbiran kepada rakyat dan tidak hanya memikirkan soal pilihan raya.

"Pihak kami ingin terus bekerja bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat selain memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kepada pentadbiran yang telus dan berkebajikan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau optimis kerusi bandar yang dimenangi PH sebelum ini mampu dirampas semula.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerjasama atas nama MN di negeri ini juga mampu menakluk beberapa kerusi yang didominasi PH sejak sekian lama.