Kluster PUI Sivagangga: Liga Malaysia tak terjejas

Mohd Yusoff menunjukkan jersi Perak yang diberikan sebagai cenderahati oleh pengurusan tertinggi PAFA selepas merasmikan Kongres Tahunan ke-62, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.
Mohd Yusoff menunjukkan jersi Perak yang diberikan sebagai cenderahati oleh pengurusan tertinggi PAFA selepas merasmikan Kongres Tahunan ke-62, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Liga Malaysia yang dijadual pada 26 Ogos ini akan tetap diteruskan meskipun berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukim di Kedah.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, keadaan itu tidak menjejaskan perjalanan Liga Malaysia kerana semua pasukan dan pemain yang terlibat sudah membuat saringan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, segala prosedur operasi standard (SOP) penganjuran kejohanan ditetapkan sudah dipatuhi oleh semua pasukan yang mengambil bahagian.

"Setakat ini tak ada masalah sebab pemain semua sudah dibuat swab test dan pemain dan pasukan ini kita benarkan untuk buat persahabatan dengan pasukan dah buat ujian-ujian ini, bukan pasukan luar yang tak buat saringan. Dari segi SOP pertandingan dan permainan semua sudah dipatuhi.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD pentadbiran di empat mukim di Kedah bermula hari ini

"Jadual perlawanan tak terjejas pada saya. Setakat ini 'on track' dan pasukan juga susah bersedia mematuhi SOP. Kita harap perlawanan boleh dilangsungkan seperti dijadualkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Tahunan ke-62, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi penularan Covid-19 kluster PUI Sivagangga yang berlaku di Kedah.

Hadir sama pada majlis itu, Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah dan pimpinan tertinggi PAFA.

Artikel Berkaitan:

Semalam kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah bermula hari ini hingga 30 Ogos.

Keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu Covid-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga.

Empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.

Susulan penularan terbabit, lima buah sekolah di Kedah diarahkan tutup selama 28 hari hingga 29 Ogos ini iaitu SMK Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa dan SK Megat Dewa di daerah Kubang Pasu.

Sementara di daerah Padang Terap pula membabitkan SK Kubang Palas di Padang Sanai.