Imran dilantik Ketua Polis Daerah KLIA baharu

Imran (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu menggantikan Zulkifli (kiri) dengan disaksikan Noor Azam.
Imran (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu menggantikan Zulkifli (kiri) dengan disaksikan Noor Azam.
A
A
A

SEPANG - Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah yang berpindah ke jawatan disandang Imran sebelum ini.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Imran, 54, memberitahu, beliau amat berbesar hati kerana diberi tanggungjawab dan kepercayaan yang besar daripada pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Satu jawatan yang saya kira adalah amat berat. Saya janji akan berikan sepenuh komitmen saya untuk galas tanggungjawab ini.

"Harap warga IPD KLIA dapat memberi kerjasama penuh," katanya dalam ucapannya dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Azam berkata, Zulkifli banyak memberi komitmen jitu sepanjang menjawat jawatan Ketua Polis Daerah KLIA KLIA.

"Beliau telah menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Daerah KLIA selama dua tahun 10 bulan dan banyak bawa pembaharuan. Indeks jenayah bagi tempoh Januari hingga Disember 2019 merekodkan 74 kes sekali gus penurunan 10.84 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

"Antara kejayaan beliau berjaya tumpaskan kumpulan jenayah seperti pengedaran dadah dan kes curi di kargo dan SIC Sepang," katanya.

Tambahnya, selain itu, beliau percaya dengan pengalaman Imran sebelum ini akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.