Kompaun RM1,000 tak pakai pelitup muka terlalu drastik: NGO

Pemakaian pelitup muka diwajibkan pada 1 Ogos lalu di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam. - Foto 123RF
Pemakaian pelitup muka diwajibkan pada 1 Ogos lalu di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Tindakan kerajaan mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam dianggap terlalu drastik.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, sebaliknya kerajaan perlu memberikan amaran keras terlebih dahulu dengan merekodkan mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut menerusi satu pangkalan data.

"Jika individu terbabit didapati ingkar buat kali kedua selepas nama mereka ada dalam pangkalan data itu, tindakan kompaun adalah wajar bagi memberikan pengajaran kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelitup muka wajib pakai di tempat sesak mulai 1 Ogos

Pemakaian pelitup muka hanya wajib di tempat sesak

"Jika terus kompaun adalah tidak adil terutama kepada individu yang kurang berpendapatan, sudahlah terbeban ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kena bayar pula kompaun RM1,000," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Zuhairi
Zuhairi

Pemakaian pelitup muka diwajibkan pada 1 Ogos lalu di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat dengan melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Zuhairi berkata, Peka beranggapan, sekiranya pemantauan tindakan kompaun itu hendak dilaksanakan, biarlah ia benar-benar di tempat awam yang mempunyai jumlah orang yang ramai.

"Jika di tempat awam yang tiada orang pun pihak berkuasa hendak saman, apa sebenarnya yang ingin dikejar oleh mereka?," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan Peka itu supaya ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Lagi satu tidak salah kita beri muka sedikit kepada rakyat negara ini, orang asing boleh pula kita beri muka, kenapa tidak rakyat sendiri," katanya.