Al-Sultan Abdullah dikenali sifat ramah mesra

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Majlis Belia Negeri (MBN) merafak sembah dan mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Pengerusinya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, Al-Sultan Abdullah cukup dikenali dgn sifat ramah mesra berteraskan prinsip Raja dan rakyat berpisah tiada di seluruh pelosok jajahan.

“Diharap Tuanku dapat mengamalkan konsep dan pendekatan yang sama apabila ditabalkan sebagai Agong Menurutnya. Selain itu keakraban hubungan Al-Sultan Abdullah bersama anak muda belia akan menyemarakkan lagi kemesraan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, keutamaan baginda terhadap bidang ilmu dan pendidikan melalui Program Menara Gading dan siri Wacana Diraja akan menjadikan institusi Diraja lebih merakyat.

Artikel Berkaitan: