Penyu derita terbelit tali jala

Anggota penyelamat berusaha memotong tali terbelit pada leher penyu di pantai Punta Umbria Selatan Sepanyol.- Foto Daily Mail
Anggota penyelamat berusaha memotong tali terbelit pada leher penyu di pantai Punta Umbria Selatan Sepanyol.- Foto Daily Mail
A
A
A

PUNTA UMBRIA - Penyu laut saiz gergasi yang terbelit tali pada lehernya diselamatkan oleh anggota penyelamat di pantai di Punta Umbria Selatan Sepanyol.

Polis Sepanyol terpaksa memotong menggunakan pisau berikutan ikatan tali dipercayai daripada jala melilit lehernya hingga menyukarkan haiwan itu bergerak, lapor Daily Mail.

Menerusi rakaman video 1 minit 19 saat itu menunjukkan dua anggota polis berusaha membantu menyelamatkan penyu terbabit.

Insiden yang menyayat hati itu mendapat perhatian warganet selepas video berkenaan dimuat naik di Twitter Civil Guard dan ditonton lebih 70,000 tontonan.

Menurut akhbar Sepanyol La Vanguardia, anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi setelah dimaklumkan oleh orang ramai yang melihat penyu bergelut di dalam air dengan tali terbelit pada lehernya.

Penyu laut atau Dermochelys Coriacea dikatakan menderita dan keletihan setelah berjuang membebaskan diri dari ikatan tali tersebut.

Artikel Berkaitan: