'Tindakan ADUN DAP keterlaluan, biadab!'

ADUN DAP fail permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mencabar ketetapan kerajaan mewajibkan tulisan jawi.
ADUN DAP fail permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mencabar ketetapan kerajaan mewajibkan tulisan jawi.
A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang melihat tindakan konfrontasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui sebagai keterlaluan, melanggar prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dan mencabuli kerukunan, tatasusila serta budaya Malaysia.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, perbuatan pemimpin DAP itu mengejutkan berikutan Yu Hui mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Pahang mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan.

Menurutnya, ia jelas menunjukan bahawa pemimpin DAP berterusan mempamerkan sikap tidak menghormati institusi Diraja sedangkan negara ini mengamalkan sistem pemerintahan berteraskan Raja Berperlembagaan.

"Kalau boleh kita mahu YB ADUN Tras (Yu Hui) supaya menarik balik tindakan itu (fail permohonan di mahkamah) dan memohon maaf kepada rakyat negeri ini kerana telah menimbulkan kemarahan mereka di atas kebiadabannya mencabar titah Sultan Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulisan jawi: Pas kesal tindakan ADUN DAP

ADUN Tras didesak tarik balik permohonan cabar tulisan jawi

Cabar wajib tulisan jawi pada papan tanda tindakan tidak harmoni

"Kita berpendapat pemimpin DAP, DAP perlu belajar budaya Malaysia dalam konteks kesopanan dan kesusilaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Yu Hui telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mencabar ketetapan kerajaan mewajibkan tulisan jawi.

Permohonan menamakan Majlis Daerah Raub dan Kerajaan Pahang sebagai responden itu memohon mahkamah menyemak semula arahan Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mengulas lanjut mengenai tindakan itu, Rosli menjelaskan, tindakan Kerajaan Pahang mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan di negeri ini adalah dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang mahu memartabatkan dan melebar luas penggunaan tulisan jawi dalam negeri ini.

Rosli
Rosli

Jelasnya, justeru sebagai pemimpin masyarakat, Yu Hui sebaiknya menjadi pemimpin yang mendamaikan rakyat dan memberi kefahaman bahawa tulisan jawi adalah sebahagian komponen dalam negara ini.

'"Ia (tulisan jawi) adalah tulisan bagi Bahasa Melayu, seperti mana juga bahasa Cina yang ada tulisannya dan bahasa Tamil yang juga ada huruf dan gaya tulisannya tersendiri.

"Jadi bersesuaian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka apakah salahnya tulisan bagi bahasa ini diberi kedudukan seperti dibuat oleh Kerajaan Pahang," katanya.

Dalam pada itu, Rosli berkata, rakyat juga hairan apabila mereka berhempas-pulas menentang penggunaan tulisan jawi namun mereka juga mempergunakan tulisan ini untuk melariskan produk-produk jualan mereka dalam kalangan pengguna-pengguna beragama Islam.

Katanya, logo halal bertulis jawi, nama produk dalam tulisan jawi dan ada kala nama produk juga dinamakan dengan nama-nama yang ada hubung kait dengan agama Islam.