PRN Sabah: Pas aktifkan bilik operasi

Pas Sabah telah mengaktifkan bilik operasi pilihan raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
Pas Sabah telah mengaktifkan bilik operasi pilihan raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pas Sabah telah mengaktifkan bilik operasi pilihan raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ketua Penerangan Pas Sabah, Ahmad Dullah berkata, jentera pilihan raya Pas di seluruh negeri sedia menghadapi PRN, walaupun pengumumannya dibuat secara mengejut.

"Jentera kita (Pas) telah disusun dan digerakkan sejak Mac lagi memandangkan berlaku situasi politik yang tidak menentu dalam negara, termasuklah di Sabah.

"Apabila diumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan, Pas tidak menunggu lama untuk mengarahkan seluruh jentera bergerak ke arah kemenangan dalam PRN ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling memberitahu, Pas Sabah telah mengenal pasti kerusi yang berpotensi untuk ditandingi parti itu dan akan berunding dengan parti rakan sekutu dalam Barisan Nasional (BN).

DUN Sabah dibubarkan pada Khamis lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept depan.

Pada PRU-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan tetapi pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 73 kerusi. - Bernama

Artikel Berkaitan: