X

Kindly register in order to view this article
!

Unifi tawar kemudahan iklan TV percuma kepada PKS

Azmi Abdullah
Azmi
A
A

UNIFI komited membantu mengukuhkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan menawarkan kemudahan iklan TV secara percuma dan perkongsian strategik menerusi unifi Business Club (uBC) bermula 15 Ogos ini.

Ketua Segmen PKS di unifi, Azmi Abdullah berkata, inisiatif yang disediakan secara eksklusif kepada pelanggan perniagaan itu bertujuan membantu PKS mendapatkan semula momentum perniagaan mereka agar dapat beroperasi dengan lebih efisien dalam normal baharu.

“Ini merupakan peluang terbaik kepada PKS tempatan untuk menempah slot waktu perdana di saluran yang paling banyak ditonton dan mengiklankan perniagaan mereka kepada sebahagian besar pelanggan unifi TV.

“Kami harap penyelesaian ini dapat membantu perniagaan berkembang, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain iklan TV percuma, Azmi berkata, pelanggan turut menerima akses serta bantuan pakar untuk pemasaran dan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alat pengurusan sumber insan dan program penglibatan komuniti yang disusun khas untuk keperluan perniagaan.

“Semua peralatan penting ini boleh diakses melalui portal uBC yang mana pelanggan akan menemui halaman SME Sama-Sama yang disasarkan untuk pelancaran pada Ogos ini.

“Laman tersebut bertindak sebagai pengumpul kandungan termasuk webinar perniagaan, rancangan bual bicara, sembang secara langsung, acara, petua perniagaan dan rencana berkaitan,” katanya.

uBC merupakan sebuah komuniti semua dalam satu yang menempatkan segala kemudahan diperlukan oleh usahawan untuk berkembang.

Ia baru sahaja diperkenalkan pada bulan ini berikutan peningkatan PKS yang berpindah masuk ke pasaran digital akibat penularan koronavirus (Covid-19).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!