Penunggang motosikal maut digilis lori

Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di simpang tiga Jalan Pendamai 1, Jalan Tuaran-Kota Belud semalam.
Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di simpang tiga Jalan Pendamai 1, Jalan Tuaran-Kota Belud semalam.
A
A
A

TUARAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di simpang tiga Jalan Pendamai 1, Jalan Tuaran-Kota Belud semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, dalam kejadian 10.50 pagi itu mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu lori berumur 60 tahun itu memandu dari arah Tuaran manakala mangsa menunggang motosikal juga dari arah sama menuju ke Gayang (Bulatan Kuda).

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori cuba membuat pusingan U di penghujung pembahagi jalan untuk membelok ke kanan menghala ke arah Tenghilan.

“Mangsa pula menuju ke susur masuk arah ke Bulatan Kuda menyebabkan motosikalnya tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian bawah lori sebelum terseret di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: