Atlet terjun Olimpik Jepun disahkan positif Covid-19

Ken Terauchi
Ken Terauchi
A
A
A

ATLET terjun, Ken Terauchi menjadi pemain pertama pasukan Olimpik Tokyo yang disahkan positif koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Terauchi, 39, yang kini dirawat di hospital, mula mengalami gejala pada 25 Julai.

Beliau kemudian menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada Jumaat selepas mengetahui kenalannya semasa berlatih di Osaka pada 24 Julai juga diuji positif virus itu, memetik agensi berita Kyodo.

Terauchi layak menyertai Olimpik Tokyo bersama rakan sepasukan Sho Sakai selepas menduduki tempat ketujuh dalam pertandingan tiga meter lelaki pada kejuaraan dunia tahun lalu di Gwangju, Korea Selatan.

Menurut Kyodo beliau satu-satunya anggota pasukan Olimpik Jepun yang dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Jepun mengalami gelombang jangkitan kedua sejak awal Julai, dengan kes disahkan meningkat sebanyak 955 pada Isnin, termasuk 258 kes di Tokyo. - Bernama

Artikel Berkaitan: