Amanah Raya sumbang lembu untuk ibadah korban

Ramli (dua dari kiri) mengagihkan sumbangan daging korban kepada komuniti di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih semalam.
Ramli (dua dari kiri) mengagihkan sumbangan daging korban kepada komuniti di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih semalam.
A
A
A

SEMENYIH - Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) menyumbang tiga ekor lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha kepada komuniti di Seksyen, Bandar Rinching di sini semalam.

Program itu merupakan inisiatif Amanah Raya untuk mendekati masyarakat, memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja Amanah Raya selain dapat meraikan golongan kurang berkemampuan dan wajar diberi perhatian.

Pengerusi Amanah Raya, Ramli Mohd Nor berkata, Amanah Raya sentiasa prihatin terhadap golongan memerlukan dan sangat menekankan aspek perkongsian manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Amanah Raya merupakan platform utama bagi menjalankan aktiviti yang memberi impak dalam kehidupan masyarakat di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja Amanah Raya bersama masyarakat.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Amanah Raya mengambil keberkatan dengan melaksanakan Program Ibadah Korban Amanah Raya bersama-sama komuniti menjalankan aktiviti gotong-royong penyembelihan dan agihan daging korban.

“Bagi memastikan kelancaran program ini, Amanah Raya sentiasa menitikberatkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban sebagaimana yang disarankan kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya.

Turut hadir dalam program disertai yang lebih 70 orang warga kerja Kumpulan Amanah Raya dan komuniti Seksyen 6, Bandar Rinching itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md Yusof.

Artikel Berkaitan: