KRM rangka semula pelan latihan skuad 15 sebelah negara

Laporan Sinar Harian berhubung pembatalan semua kejohanan anjuran Ragbi Asia berikutan pandemik Covid-19.
Laporan Sinar Harian berhubung pembatalan semua kejohanan anjuran Ragbi Asia berikutan pandemik Covid-19.
A
A
A

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) akan merangka pelan latihan baharu untuk skuad ragbi 15 sebelah negara berikutan keputusan Ragbi Asia membatalkan semua kejohanan tahun ini bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19.

Menurut KRM, pelan latihan itu bertujuan memastikan skuad ragbi 15 sebelah negara kendalian Brad Mika mempunyai persediaan rapi bagi menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa pada tahun depan.

"Sementara bagi skuad ragbi tujuh sebelah lelaki dan wanita pula akan menjalani program latihan seperti ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya sambil menyokong keputusan Ragbi Asia dalam usaha membendung dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Semalam badan induk ragbi Asia itu memaklumkan pembatalan semua kejohanan bagi suku keempat susulan peningkatan kes Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini masih belum menunjukkan pengurangan.

Menurut Presidennya, Qais al Dhalai, keputusan itu diambil setelah meneliti maklum balas Jawatankuasa Pertandingan, Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan Pemain serta kumpulan kerja Covid-19 selaras garis panduan ditetapkan Ragbi Dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragbi Asia: Tiada kejohanan tahun ini

Artikel Berkaitan: