Kucing 'penyeludup dadah' lolos penjara

Barangan terlarang itu diikat pada leher kucing tersebut ketika ia ditangkap pihak berkuasa penjara. - Foto: AFP
Barangan terlarang itu diikat pada leher kucing tersebut ketika ia ditangkap pihak berkuasa penjara. - Foto: AFP
A
A
A

COLOMBO - Seekor kucing yang ditahan di sebuah penjara utama di Sri Lanka ketika ia cuba menyeludup masuk dadah dan kad sim didakwa telah ‘lolos’ dari pusat tahanan itu, menurut media tempatan hari ini.

Haiwan tersebut dikesan pegawai risikan penjara dengan kawalan keselamatan ketat, Welikada pada Sabtu lalu.

“Kucing itu turut membawa dua gram heroin, dua kad sim dan cip memori yang diletakkan dalam plastik kecil yang diikat pada lehernya. Ia didakwa berjaya melarikan diri dari bilik penjara yang menempatkannya,” lapor akhbar Aruna.

Sejak akhir-akhir ini, pusat tahanan itu melaporkan peningkatan insiden individu membaling bungkusan dadah, telefon bimbit, pengecas telefon bimbit.

Minggu lalu, pihak berkuasa menangkap seekor burung helang yang digunakan sindiket pengedar dadah untuk mengedarkan narkotik di pinggir Colombo. - AFP

Artikel Berkaitan: