X

Kindly register in order to view this article
!

Kemelut ubah tarikh mengundi Presiden AS

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat kini dikuasai oleh wakil rakyat dari parti Demokrat. - Foto AFP
A
A

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS). Donald Trump tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengubah tarikh pilihan raya presiden tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Kongres AS.

Sebelum ini, beliau membuat kenyataan di laman sosial bahawa penipuan undi pos mungkin mewajarkan penangguhan pilihan raya presiden AS semasa pandemik koronavirus (Covid-19) berlangsung.

"Ia akan menjadi satu keaiban besar untuk USA (AS). Tangguh pilihan raya (presiden) sehingga orang ramai boleh mengundi dengan sempurna, selamat dan terjamin? ujar Trump menerusi akaun Twitternya.

Bagaimanapun, pakar-pakar membidas idea tersebut dengan menyatakan Kongres AS mengawal tarikh pilihan raya AS yang ditetapkan pada 3 November.

Perlembagaan AS turut menyatakan penggal pemerintahan presiden akan berakhir pada 20 Januari.

Presiden AS sebelum ini, Abraham Lincoln pernah mengadakan pilihan raya semasa Perang Saudara walaupun beliau menjangkakan akan mengalami kekalahan.

Gambar fail menunjukkan Donald Trump semasa belum menjadi pemimpin mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat di sebuah sekolah di New York pada 8 November 2016. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Donald Trump semasa belum menjadi pemimpin mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat di sebuah sekolah di New York pada 8 November 2016. - Foto AFP

Ketika pengganas merampas kapal terbang dan merempuh bangunan berkembar iaitu Pusat Dagangan Dunia di New York pada pagi 11 September 2001, satu pilihan raya tempatan ditangguhkan cuma dua minggu manakala pilihan raya datuk bandar diadakan dua bulan kemudian.

Buat masa ini, Parti Demokrat yang menguasai Dewan Perwakilan AS. Justeru, sukar bagi tarikh pilihan raya presiden diubah.

Bagaimanapun. parti Republikan yang menguasai Dewan Senat menolak idea tersebut dengan segera.

Tidak pernah dalam sejarah negara, AS yang pernah melalui peperangan, kemelesetan ekonomi dan Perang Saudara gagal melaksanakan pilihan raya persekutuan mengikut jadual.

"Kita akan mencari satu kaedah untuk melakukannya (pengundian pemilihan Presiden AS) sekali lagi pada 3 November depan" kata Pemimpin Majoriti Dewan Senat, Mitch McConnell daripada parti Republikan kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Ketua Whip Majoriti Dewan Senat, John Thune berkata: "Kita telah mengadakan pilihan raya presiden pada setiap November sejak kira-kira tahun 1788 dan saya menjangkakan ia akan menjadi kes lagi pada tahun ini."

Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy juga tidak bersetuju tarikh pilihan raya presden AS diubah.

Dalam pindaan ke-20 perlembagaan presiden AS, penggal pemerintahan presiden dan naib presiden AS akan berakhir pada 20 Januari.

Seorang profesor undang-undang Universiti George Washington, Jonathan Turley berkata, Trump tidak menyatakan beliau boleh menghentikan pilihan raya melalui satu pihak sahaja.

"Itu tidak menjadikan ia (tarikh pilihan raya diubah) lebih diterima tetapi calon-calon (pilihan raya presiden) memenuhkan teori konspirasi dengan kenyataan tersebut (Trump)," katanya.

Jika seorang presiden AS tidak dipilih disebabkan oleh undian pengundi elektoral terikat ia akan menyebabkan Dewan Perwakilan terpaksa menyelesaikan isu tersebut.

Terdapat pendebatan perlembagaan tentang undang-undang penggantian presiden AS.

Seorang pengundi meletakkan undi pos dalam sebuah kotak dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di Renton, Washington pada 2 November 2016. - Foto AFP
Seorang pengundi meletakkan undi pos dalam sebuah kotak dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di Renton, Washington pada 2 November 2016. - Foto AFP

Beberapa pihak percaya Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi daripada parti Demokrat akan menjadi presiden AS buat sementara waktu jika tidak ada pemenang yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

Terdapat juga pihak lain menjangkakan Setiausaha Negara, Mike Pompeo akan memegang jawatan itu buat sementara waktu.

Pada pilihan raya presiden tahun 2016, hampir satu perempat daripada undian dilakukan melalui pos dan bilangan itu dijangka meningkat kali ini.

Negeri-negeri AS mengawal sendiri peraturan mengundi untuk pilihan raya persekutuan.

Banyak negeri mempertimbangkan untuk meningkatkan undi pos bagi menghalang perhimpunan ramai di stesen-stesen undian pada hari undian disebabkan pandemik Covid-19.

Baru-baru ini satu tinjauan pendapat menunjukkan calon presiden AS dari Parti Demokrat, Joe Biden memperoleh 308 undi elektoral berbanding Trump yang mewakili parti Demokrat mendapat 128 undi.

Pada pilihan raya presiden kali ini, Trump cuba mempertahankan jawatannya untuk meneruskan penggal kedua pemerintahannya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!