Anggota tentera laut AS beragama Islam dibenarkan simpan janggut

Leo Katsareas mendapat kebenaran khas untuk menyimpan janggut ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. - Foto Leo Katsareas
Leo Katsareas mendapat kebenaran khas untuk menyimpan janggut ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. - Foto Leo Katsareas
A
A
A

RICHMOND - Perasaan gembira dan bersyukur tidak akan dapat disembunyikan apatah lagi jika sesuatu permintaan yang dipendam selama ini akhirnya diluluskan.

Itulah yang terjadi kepada seorang pegawai kecil Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Leo Katsareas yang dibenarkan untuk menyimpan janggut sepanjang 10.16 sentimeter (sm).

Menurut portal berita The Virginian Pilot pada 31 Julai lalu, dia yang sudah memeluk agama Islam diberikan kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Leo yang berasal dari Australia telah berkhidmat sebagai Tentera Laut AS selama empat tahun dan baru-baru ini bertugas di atas kapal USS George Washington.

"Mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian agama negara kami seperti tergambar dalam kalangan kelasi akan membawa tentera laut menjadi lebih kuat dan lebih baik.

"Ini adalah kemenangan untuk semua orang," katanya kepada Military.com baru-baru ini.

Seorang peguam Dana Becket Untuk Kebebasan Agama, Eric Baxter yang membantu Leo memperoleh pengecualian khas itu memberitahu portal Virginian Pilot bahawa adalah penting bagi AS membenarkan golongan lelaki dan wanita dalam pasukan pakaian seragam mempunyai hak sama rata seperti rakyat biasa lain melainlan ia boleh menimbulkan ancaman kepada negara.

"Kebenaran adalah apabila seseorang mempunyai kepercayaan yang amat mendalam, berasa wajib mematuhi tanggungjawab agama," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut laman web Becket Fund’s, Leo merupakan penduduk yang berasal dari Australia dan memeluk agama Islam semasa usia remaja lagi.

Dia berhijrah ke AS lapan tahun lalu. - Agensi