Dua angkasawan AS pulang dari ISS

Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS), Bob Behnken (kiri) dan Doug Hurley (kanan) berada dalam kapsul SpaceX Crew Dragon Endeavour di perairan Pensacola, Florida selepas kembali dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan semalam. - Foto AFP
Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS), Bob Behnken (kiri) dan Doug Hurley (kanan) berada dalam kapsul SpaceX Crew Dragon Endeavour di perairan Pensacola, Florida selepas kembali dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan semalam. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Kapal angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) yang pertama terbang ke Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (ISS) dalam tempoh hampir sedekad kembali dengan membawa pulang dua angkasawan AS semalam.

Misi yang berjaya itu dilakukan bersama syarikat SpaceX dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menunjukkan AS mampu menghantar angkasawan-angkasawan ke angkasa lepas dan membawa pulang ke Bumi.

Mereka yang menaiki kapsul SpaceX Crew Dragon Endeavour jatuh ke perairan Pensacola, Florida pada jam 2.48 petang waktu tempatan dengan menggunakan empat payung terjun.

Ia merupakan pendaratan pertama di air untuk kru sebuah kapal angkasa AS sejak misi Apollo-Soyuz pada tahun 1975.

"Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan," kata juruterbang, Doug Hurley yang menyertai misi itu bersama komander Bob Behnken.

Pengasas syarikat SpaceX, Elon Musk berkata, misi itu menandakan satu era baru.

"Kita akan pergi ke Bulan. Kita akan mempunyai satu pangkalan di Bulan, kita akan pergi ke Marikh," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan: