X

Kindly register in order to view this article
!

Buat bisnes telur demi bayar gaji pekerja

Antara perkhidmatan disediakan Kapas Coral Beach Resort dan MGH Boat Services di Pulau Kapas.
A
A

KUALA TERENGGANU – Pengusaha bot, chalet dan resort di negeri ini terpaksa mencari pelbagai kaedah lain dalam memastikan survival bisnes masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik koronavisu (Covid-19) baru-baru ini.

Pengarah Urusan Aina Holiday Sdn Bhd yang beroperasi di Pulau Perhentian, Nor Aina Mohd Nor berkata, dia terpaksa mencari inisiatif lain untuk memastikan gaji lapan pekerjanya tetap berjalan.

“Tiada pekerja yang dipotong gaji, cuma saya terpaksa buat bisnes lain seperti membuka perniagaan telur untuk pastikan mereka tidak kehilangan kerja sepanjang tempoh PKP lalu.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak buang pekerja. Ada yang diserap ke perniagaan lain, ada yang kekal malah kita juga ada naikkan gaji seorang dua kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kapas Coral Beach Resort dan MGH Boat Services, Mohd Izzat Azami Hashim, Mohd Izzat Azami Hashim, 31, berkata, gaji seramai 38 kakitangannya terpaksa dikurangkan bagi menampung kos operasi.

“Kami terpaksa mencari kaedah lain untuk menampung perbelanjaan kakitangan. Disebabkan tempoh PKP, semua kakitangan dikuarantin dan tidak keluar dari pulau. Mujurlah dalam masa yang sama hasil laut meningkat.

“Hasil daripada makanan laut yang kita peroleh kita pasarkan untuk dijual. Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak dapat menampung kewangan. Bolehlah kakitangan saya dapat dalam RM50 seorang setiap hari,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!