Pemimpin negara merafak sembah tahniah

Paparan Facebook Wan Azizah
Paparan Facebook Wan Azizah
A
A
A

SHAH ALAM - Sebaik sahaja, pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, diumumkan secara rasmi hari ini, rata-rata pengguna sosial di negara ini tidak melepaskan peluang untuk merafak sembah ucapan tahniah kepada baginda.

Hal sama turut dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara sebagai tanda syukur dan gembira dengan pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke - 16 itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara pemimpin yang terawal merafak sembah tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

“Merafak sembah setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah sempena diperkenankan sebagai Yang di-Pertuan Agong je-16. Daulat Tuanku,”ciapnya di Twitter.

Kegembiraan sama turut dikongsi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Paparan Facebook Azmin
Paparan Facebook Azmin

“Merafak sembah tahniah ke bawah Duli Yang Maha MUlia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah atas pemilihan sebagai Seri Padu Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI. Daulat Tuanku,”ciapnya di Twitter.

Majlis Raja-Raja hari ini, berkenan melantik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,

Artikel Berkaitan:

Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula sekali lagi disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang berlangsung di Istana Negara jam 12.45 tengah hari tadi diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mempengerusikan mesyurat khas berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri lapan daripada sembilan Raja Melayu iaitu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Sultan Pahang sendiri diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat khas tersebut.