Perkasa mahu Skim mySalam dilanjutkan pada usia 60 tahun

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan melanjutkan usia Skim mySalam daripada usia 55 tahun kepada 60 tahun.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, cadangan itu selari dengan had persaraan wajib ketika usia 60 tahun.

“Jika mereka tidak dapat bantuan istimewa ini dan terkena penyakit kritikal, kesusahan hidup bukan ibu bapa sahaja menderita, malah anak-anak mereka pun turut menderita dengan beban kos sara hidup sekarang.

“Saya merayu dan mendesak kerajaan agar lanjutkan Skim mySalam tersebut ke umur 60 tahun,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 3.69 juta layak terima perlindungan mySalam

Kerajaan hari ini mengumumkan seramai 3.69 juta individu golongan B40 berusia antara 18 hingga 55 tahun layak menerima skim perlindungan insurans mySalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, golongan tersebut adalah dalam kalangan pihak yang layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Menurut Guan Eng, melalui skim tersebut, penerima akan mendapat perlindungan kesihatan percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung dan alzheimer.

Artikel Berkaitan: