X

Kindly register in order to view this article
!

Bina rumah guna 40,000 botol plastik

Rumah dibina menggunakan 40,000 botol plastik.
A
A

PANAMA CITY - Bagi memelihara alam sekitar, seorang usahawan dari Kanada telah membina sebuah rumah dengan menggunakan 40,000 botol plastik.

Robert Bezeau juga seorang pencinta alam membina rumah itu di sebuah bandar kecil di Isla Colon de Bocas del Toro, Panama, lapor Kompas.

Dia menyatakan bahawa tujuan membina rumah tersebut adalah untuk mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada bahan plastik.

"Setiap tahun, ratusan ribu pelancong datang ke pulau-pulau ini. Sebahagian besar dari Amerika Syarikat dan Kanada hingga mengakibatkan pembuangan botol plastik meningkat," katanya.

Jelasnya, dia menggunakan botol plastik yang dibuang sebagai bahan binaan bagi mengantikan batu bata.

"Pada awalnya rangka dibina menggunakan besi dan keluli sebelum disusun botol plastik dan ditutup menggunakan simen konkrit," katanya.

Keadaan di dalam rumah berkenaan.
Keadaan di dalam rumah berkenaan.

Walaupun pada awal pembinaan rumah itu kelihatan tidak cantik tetapi setelah siap ia sangat luar biasa.

Apa yang lebih menarik, kata Robert, suhu di dalam rumah berkenaan adalah 17 darjah celsius lebih rendah jika dibandingkan dengan suhu panas di luar.

Selain itu, antara kelebihan lain ialah rumah itu juga tahan dan kukuh daripada gegaran seperti gempa bumi.

Rumah tersebut dikatakan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Dalam pada itu, Robert berharap rumah tersebut boleh dijadikan sebagai pusat pendidikan serta dapat menyedarkan masyarakat bahawa botol plastik sebenarnya boleh dijadikan bahan binaan malah ia menjimatkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!