X

Kindly register in order to view this article
!

JSPT nafi video tular operasi pelitup muka

Video yang tular mendakwa operasi JSPT berkenaan tindakan kompaun tidak memakai pelitup muka, sedangkan ia sebenarnya operasi motosikal pada tahun lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu video yang tular mendakwa operasi yang dijalankan oleh

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) adalah tindakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Timbalan Pengarah (I) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain sebaliknya berkata, video terbabit adalah operasi yang dijalankan JSPT Selangor pada 12 Jun tahun lalu di Lebuhraya Persekutuan di sini.

"Operasi itu bertujuan bagi mengambil tindakan ke atas penunggang motosikal yang tidak mengikut lorong motosikal dan hasil operasi itu sebanyak 227 saman telah dikeluarkan.

"Video itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun ke atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video yang tular mendakwa operasi JSPT berkenaan tindakan kompaun tidak memakai pelitup muka, sedangkan ia sebenarnya operasi motosikal pada tahun lalu.
Video yang tular mendakwa operasi JSPT berkenaan tindakan kompaun tidak memakai pelitup muka, sedangkan ia sebenarnya operasi motosikal pada tahun lalu.

Mohd Nadzri berkata, JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran video atau berita tidak tepat.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati dengan sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas untuk mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat akan dikenakan tindakan tegas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!