X

Kindly register in order to view this article
!

KUNDAL jenama terkenal Korea sudah ada di Guardian

A
A

KUNDAL, jenama penjagaan rambut terlaris di Korea, kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian di seluruh negara.

Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health and Beauty, Malaysia dan Singapura, Anna Ng berkata, ramuan yang digunakan oleh KUNDAL dinilai pada tahap selamat oleh EWG iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang menentukan gred keselamatan dalam bahan-bahan kosmetik.

Anna menambah, KUNDAL menawarkan rangkaian produk penjagaan diri berkualiti tinggi untuk rambut dan kulit yang cantik, terdiri daripada syampu, perawatan rambut, serum rambut, mandian badan dan cecair pembasmi kuman pada harga yang berpatutan.

Jenama itu juga terkenal dengan wangiannya tersendiri yang dibangunkan oleh pembuat minyak wangi profesional dengan bahan utama yang diimport dari Perancis. Wangian-wangian itu boleh didapati di Guardian dalam varian Cherry Blossom, White Musk, Baby Powder dan Ylang Ylang.

Guardian kini menawarkan 20 produk KUNDAL dan bilangannya akan bertambah tidak lama lagi. Antaranya:

RM28.00: Syampu, perawatan rambut, serum rambut dan rangkaian mandian badan

RM12.90: Cecair pembasmi kuman KUNDAL 100ml

RM13.90: Semburan cecair pembasmi kuman KUNDAL 100ml

RM28.90: Cecair pembasmi kuman segar KUNDAL 500ml


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!