X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut nahas dua kereta

Keadaan kereta Perodua Myvi remuk akibat kemalangan di Jalan Kulai-Kota Tinggi yang turut mengorbankan pemandunya.
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut manakala dua lagi wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Kulai- Kota Tinggi di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.29 tengah hari itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Norshammira Samsuri, 26, maut manakala pemandu kereta Perodua Axia, Zaleha Tamat, 45, dan penumpang hadapan kereta itu, Jamaliah Jaim, 53, cedera.

Komander operasi, Pegawai Bomba Mohd Khairil Md Azami berkata, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai serta sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Semasa bomba tiba, Norshammira sudah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis.

"Dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulans," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!