Kambing korban terlepas ke bumbung rumah

Dua lelaki menangkap kambing korban terlepas di bumbung rumah. - Foto Tribun News
Dua lelaki menangkap kambing korban terlepas di bumbung rumah. - Foto Tribun News
A
A
A

MAGELANG - Kambing dipercayai untuk dikorbankan terlepas ke bumbung rumah di kampung Tirto, bandar Magelang, Jawa, mencuit hati netizen selepas video terbabit tular di Instagram, kelmarin.

Rata-rata mengaitkan kambing itu mahu menyelamatkan diri daripada menjadi korban sempena Aidiladha, lapor Tribun News.

Menerusi video yang berdurasi dua minit itu kelihatan dua lelaki berada atas bumbung rumah berkenaan cuba menangkap kambing terbabit.

Saksi, Muhammad Ghufron berkata, kambing itu milik seorang penduduk bernama Liyah.

"Kambing lari kerana ikatan tali terlepas. Kemudian panjat ke bumbung rumah. Mujur tidak masuk dalam kedai atau rumah jiran.

"Kambing berjaya ditangkap dengan bantuan lima orang, sebelum disembelih penduduk Sabtu lalu," katanya.

Menurutnya, tidak menyangka video dimuat naik di Instagram tular dan ramai beranggapan video tersebut lucu.

Artikel Berkaitan: