Trump mahu pengebom Maraton Boston dihukum mati

Dzhokhar Tsarnaev sebelum ini dihukum mati kerana menyebabkan tiga orang terkorban dan 264 cedera dalam perlumbaan Maraton Boston pada tahun 2013. - Foto AFP
Dzhokhar Tsarnaev sebelum ini dihukum mati kerana menyebabkan tiga orang terkorban dan 264 cedera dalam perlumbaan Maraton Boston pada tahun 2013. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menggesa seorang pengebom Maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev dihukum mati selepas sebuah mahkamah rayuan mengubah hukuman itu.

"Adakah terdapat sesiapa yang sepatutnya lebih layak mendapatkan hukuman mati berbanding pengebom Boston, Dzhokhar Tsarnaev.

"Banyak nyawa yang terkorban dan musnah. Kerajaan Persekutuan sekali lagi perlu meminta hukuman mati. Negara kami tidak boleh membiarkan keputusan mahkamah rayuan kekal," kata Trump menerusi Twitter.

Tsarnaev, 27, dihukum mati pada 2015 kerana meletakkan dua bom buatan sendiri dekat garisan penamat dalam perlumbaan itu pada 2013 menyebabkan tiga orang terbunuh dan 264 lagi cedera.

Dia mengaku melakukan serangan itu manakala adiknya yang berusia 19 tahun, Tamerlan Tsarnaev meninggal dunia empat hari kemudian selepas terlibat dalam pertempuran berbalas tembakan dengan polis.

Sebuah Mahkamah Rayuan Persekutuan di Massachusetts pada Jumaat lalu menyokong sebahagian besar sabitan terhadapnya.

Bagaimanapun, ia mengarahkan sebuah mahkamah daerah untuk mengadakan satu fasa perbicaraan baharu bagi memastikan nasibnya dalam jenayah tersebut.

Walau apa pun keputusan baru itu, Tsarnaev kekal berada di dalam penjara untuk seumur hidup, kata tiga hakim Mahkamah Rayuan itu.

Artikel Berkaitan:

Dia merupakan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhijrah dari negara bekas Kesatuan Soviet dan kini berpecah-belah menjadi Rusia sejak kanak-kanak lagi.

Menurut peguam bela Tsarnaev, dia tidak mempunyai sejarah melakukan aktiviti keganasan. - AFP