Umat Islam selesai mengerjakan haji

Tangkap layar melalui video dalam Facebook Haramain Live memaparkan jemaah haji melakukan tawaf Wida semalam.
Tangkap layar melalui video dalam Facebook Haramain Live memaparkan jemaah haji melakukan tawaf Wida semalam.
A
A
A

MAKKAH - Jemaah haji mengelilingi Kaabah dengan berjalan kaki untuk mengerjakan tawaf Al-Wida dalam keadaan penjarakan sosial bagi menandakan tamatnya ibadat itu semalam.

Pada tahun ini, kira-kira 10,000 umat Islam iaitu jumlah yang jauh lebih kecil berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu mengerjakan ibadat itu selama lima hari.

Mereka memakai pelitup muka dan membaling batu di sebuah dinding sebagai simbolik merejam syaitan di Mina berdekatan Makkah pada hari terakhir ibadat tersebut, lapor media kerajaan.

Berbanding mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada tahun lalu, pada tahun ini mereka diberikan beg yang sudah disterilkan pihak berkuasa haji bagi melindungi pandemik koronavirus (Covid-19).

Jemaah haji itu kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk membuat tawaf Wida dengan mengelilingi Kaabah.

Solat Maghrib di Masjidil Haram yang dilakukan selepas tamat tawaf Wida. - Foto Haramain Live
Solat Maghrib di Masjidil Haram yang dilakukan selepas tamat tawaf Wida. - Foto Haramain Live

Mengendalikan ibadat haji ketika dibayangi pandemik Covid-19 memerlukan usaha berganda pihak berkuasa Arab Saudi, kata pemerintah negara itu, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Jumaat lalu selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital berikutan pembedahan untuk mengeluarkan hempedu.

"Ibadat haji tahun ini dihadkan kepada jumlah yang amat terhad dan memastikan ia selesai (diadakan) walaupun terdapat keadaan yang sukar," kata baginda yang berusia 84 tahun.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa haji berkata, tidak ada kes Covid-19 dilaporkan di Tanah Suci itu semasa ibadat haji.

Jemaah haji yang melakukan penjarakan sosial dan suhu badan mereka diperiksa akan menjalani kuarantin mandatori selepas mengerjakan haji, kata pihak berkuasa.

Pada kebiasaannya, kos mengerjakan haji melibatkan ribuan dolar disimpan selama beberapa tahun dan terpaksa menunggu bagi tempoh yang lama sebelum dibenarkan menunaikan ibadat tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi membiayai perbelanjaan semua jemaah haji dengan menyediakan makanan, penginapan hotel dan penjagaan kesihatan, kata beberapa jemaah haji. - AFP