Bayi ditemui dalam bungkusan kain batik

Keadaan bayi perempuan yang dijumpai di Pantai Kelanang, Banting, Jumaat lalu dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil.
Keadaan bayi perempuan yang dijumpai di Pantai Kelanang, Banting, Jumaat lalu dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil.
A
A
A

BANTING - Seorang bayi perempuan ditemui dalam bungkusan kain batik di Jalan Benteng, Pantai Kelanang di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, bayi berkenaan ditemui oleh seorang pemancing berusia 29 tahun kira-kira jam 12.05 tengah malam.

"Bayi yang masih hidup itu ditemui dalam keadaan bersih di dalam bungkusan kain batik.

"Lelaki itu kemudiannya membawa bayi itu ke Balai Polis Banting sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis percaya bayi tersebut baru dilahirkan beberapa hari sebelum diletakkan di lokasi kejadian.

"Keadaan bayi itu kini dalam keadaan stabil.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan pelaku terbabit selain menyemak dengan pihak hospital berkenaan kelahiran bayi tersebut," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui berkenaan kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor K Yusheindran di talian 014-9653084 atau IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.