Jerut leher isteri: Suspek negatif dadah

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Polis mengesahkan ujian air kencing suspek yang membunuh isterinya dengan menjerut leher mangsa menggunakan tudung disahkan negatif dadah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

"Ujian air kencing sudah dijalankan dan didapati negatif," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis juga mendapati tindakan lelaki terbabit berpura-pura mencari mangsa adalah taktiknya seolah-olah dia tidak tahu apa yang berlaku kepada mangsa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 41 tahun itu direman bermula Jumaat lalu sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana di sini Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Suspek dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih sebelum membawa mayat isterinya yang berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Mangsa ditemui di tempat duduk pemandu Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.
Mangsa ditemui di tempat duduk pemandu Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.

Lelaki itu meletakkan mayat isterinya di tempat duduk pemandu dan mengambil dompet serta telefon mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan enjin dihidupkan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun keluar menaiki kenderaan e-hailing dan pergi semula ke lokasi terbabit pada jam 1.23 pagi Khamis lalu sebelum menghubungi polis.

kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.