Hakim 'saudara' Tun M: Pemilik akaun Twitter ke Bukit Aman

Laporan Sinar Harian 31 Julai lalu.
Laporan Sinar Harian 31 Julai lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, di Bukit Aman esok.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan dijadualkan hadir di Bukit Aman pada 11.30 pagi

“Setakat ini kita menerima satu laporan (polis) berhubung dakwaan terbabit dan (kes) disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa hakim 'saudara' Tun M: Polis kenal pasti pemilik Twitter

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas satu laporan polis diterima di Taiping, Perak pada 30 Julai lalu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Afzanizam Abdul Rahman membuat laporan polis di Taiping berhubung satu hantaran yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao di akaun Twitter pada 28 Julai lepas.

Ramesh mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Dr Mahathir.

Dakwaan tersebut disangkal oleh anak bekas perdana menteri itu Datuk Seri Mukhriz menerusi akaun Twitter beliau selain turut menyifatkan dakwaan berkenaan tidak berasas dan meminta Peguam Negara menyiasat tohmahan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: