'Banyak parti punca Malaysia tidak stabil'

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jumlah parti politik yang terlalu banyak menyebabkan negara ini tidak stabil.

Menurutnya, oleh itu rakyat perlu bijak memilih parti yang terbaik selain memberi sumbangan kepada negara apabila diberi pilihan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya dapati negara kita amat kaya dan mempunyai banyak peluang untuk maju diri. Tapi kadang-kadang terganggu kerana politik.

"Politik parti jadikan kita tidak stabil, masing-masing bersaing untuk parti sendiri. Banyak parti buat kita hilang haluan tidak tahu nak ke mana.

"Jadi rakyat kena cekap buat penilaian terhadap negara dan apa sumbangan kepada negara. Jika ada PRU contohnya, kita pilih yang terbaik mungkin dan jangan sesekali dipengaruhi oleh sogokan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika rancangan bual bicara dalam talian yang dianjurkan kumpulan usahawan MyPerintis hari ini.

Katanya, isu perkauman memburukkan lagi keadaan apabila rakyat hanya memilih kaum mereka dan enggan menyokong kaum-kaum lain.

"Jika Malaysia ingin maju dan bersatu, rakyat perlu bersikap toleransi antara satu sama lain, sekali gus dapat mengurangkan masalah.

Artikel Berkaitan:

"Timbul masalah jika kita minta benda yang tidak boleh diberi. Jangan ikut ekstremis. Ikut sederhana, Insya-ALLAH Malaysia akan jadi negara maju,” katanya.