X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat hiburan tidak diwajibkan periksa kandungan alkohol pelanggan

Wee Ka Siong - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mewajibkan pengusaha pusat hiburan menyediakan alat pengesan kandungan alkohol ke atas pelanggan mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun terdapat pengusaha pusat hiburan yang mengambil inisiatif membeli alat itu bagi mengelak pelanggan memandu dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, berhubung sama ada kerajaan akan meminta pengusaha pusat hiburan menyediakan alat saringan pernafasan untuk menilai tahap nafas atau kadar alkohol dalam badan, ia perlu dilihat dari dua perkara.

"Pertama kita kena maklumkan bahawa kadar kandungan alkohol dalam darah (BAC) kita telah turunkan, lebih ketat hadnya tidak seperti dulu.

"Kedua memang sudah ada kesedaran, mereka sudah beli breathalyser.

"Kita tidak mewajibkan mereka tapi apa yang penting ialah mereka yang telah minum tidak boleh memandu,” katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) sama ada kerajaan akan mewajibkan pengusaha pusat hiburan memeriksa had kandungan alkohol setiap pelanggan melalui ujian pernafasan.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, kempen kesedaran yang dijalankan pihak kementerian turut mensyaratkan pengusaha pusat hiburan supaya menasihati pelanggan agar patuh kepada Akta 333.

“Itu akan kita lakukan secara pendidikan. Kalau di Australia 'blow before you go'. Itu perkara biasa dilakukan.

“Tapi dalam keadaan sekarang kita galakkan mereka buat macam itu, sudah ada pengusaha pusat hiburan yang telah membeli breathalyser untuk mencuba.

“Selain itu kita galakkan lagi kempen menggunakan perkhidmatan Grab. Itu akan dilakukan secara menyeluruh, satu kempen besar-besaran,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!