'Messi hanya boleh dihentikan dalam mimpi atau Playstation'

Gattuso mengingatkan pemain Napoli supaya memberikan tumpuan yang lebih kepada Messi dalam aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.
Gattuso mengingatkan pemain Napoli supaya memberikan tumpuan yang lebih kepada Messi dalam aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.
A
A
A

PENGENDALI Napoli, Gennaro Gattuso mengingatkan para pemainnya supaya memberikan tumpuan yang lebih kepada bintang Barcelona, Lionel Messi dalam aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara melibatkan kedua-dua pasukan di Camp Nou, Ahad ini.

Menurutnya, walaupun Barcelona berada dalam prestasi tidak menentu, namun, kelibat Messi mampu menjadi pemusnah kepada hasrat pasukan dari Itali itu untuk melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Messi masih menjadi senjata hebat buat Barcelona. Saya sendiri tidak mampu untuk menghalangnya. Jika berjaya sekali pun ia hanya dalam mimpi ataupun saya menggunakan pasukan Napoli menentang Barcelona dalam permainan di PlayStation.

"Saya juga pernah melakukannya ketika bermain bersama AC Milan dan ketika itu berat saya 10-15kg lebih ringan daripada sekarang," katanya.

Untuk rekod, Messi menjaringkan 30 gol dan 26 bantuan gol daripada 42 penampilan untuk Barcelona musim ini.

Pada aksi pertama di San Paolo pada Februari lalu, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1. Ia bermakna Napoli perlu untuk menang atau sekurang-kurangnya seri dengan minimum jaringan dua gol pada aksi kedua jika mahu lolos ke peringkat seterusnya.

"Ini akan jadi pertandingan hebat dan berbeza daripada apa yang kami lalui sebelum ini. Tetapi kami tidak boleh berfikir mengenai perkara tersebut dan kami perlu hadir ke Camp Nou dengan pemikiran yang positf.

"Memang benar Barcelona mempunyai kualiti, tetapi kami harus tampil sebagai sebuah pasukan dan percaya pada kemampuan diri sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: