X

Kindly register in order to view this article
!

Semak dulu tawaran iklan pelaburan: PDRM

Saiful Azly Kamaruddin
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai membuat semakan terhadap pelaburan yang ditawarkan termasuk yang disiarkan di media arus perdana.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, semakan juga boleh dibuat melalui laman web www.ccid.rmp.gov.my/semakmule, Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police atau CCID Infoline di talian 013-2111222.

"Kalau pelaburan itu dikatakan dari institusi kewangan, semak dulu dengan institusi berkenaan untuk pengesahan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas beberapa iklan di radio khususnya yang mengajak orang ramai menyertai pelaburan dengan tawaran pulangan lumayan.

Sebelum ini, JSJK Bukit Aman mengenal pasti 13 jenis pelaburan dalam talian yang digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa.

Pelaburan berkenaan ialah I Rakyat Trade, IQ Option, Global Investement, Wei Jian Zhi, Olymp Trade, AA Anthony, Global Trader, People Global Network, Rakuten Trade, Wine Exchange China, GWFX Global, Private Investment Trade Dubai (PITD) serta London Stock Exchanges (LSE).

Siasatan polis mendapati 13 sindiket itu menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Wechat, Instagram, Telegram dan WhatsApp untuk menjerat mangsa.

Sindiket akan menjanjikan pakej serta keuntungan yang lumayan seperti pulangan wang 13 kali ganda daripada modal yang dilaburkan selain memperoleh untung dalam tempoh masa yang singkat.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek akan menunjukkan jumlah keuntungan menggunakan platform yang lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!