13 barangan di bawah skim kawalan harga Tahun Baru Cina

Saifuddin berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat KPDNHEP hari ini.
Saifuddin berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat KPDNHEP hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution berkata kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi.

Saifuddin berkata dalam tempoh Kawalan harga selama 10 hari itu, harga barangan yang disenaraikan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

"Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan demi manfaat pengguna dan peniaga,katanya dalam sidang media di ibu pejabat KPDNHEP hari ini.

Menurutnya, kawalan harga itu merupakan satu langkah serius kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini.

"Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara," katanya.

Di samping itu, katanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan memastikan harga barangan berpatutan.

"Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli belah untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: