X

Kindly register in order to view this article
!

Amitabh Bachchan pulih Covid-19 dibenarkan pulang

Amitabh Bachchan
A
A

SELEPAS tiga minggu menerima rawatan, akhirnya pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif koronavirus (Covid-19) dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya, Amitabh memaklumkan beliau sudah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Nanavati.

Pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu turut memberitahu ketika menerima rawatan di Hospital berkenaan, beliau dijaga rapi petugas perubatan sehingga disahkan pulih sepenuhnya.

"Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantin.

“Saya juga bersyukur kakitangan Hospital Nanavati menjaga rapi dan membolehkan saya menyaksikan (hidup) hari ini,” ciapnya.

Amitabh disahkan positif Covid-19 pada 12 Julai lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amitabh, Abhishek Bachchan positif Covid-19

Anak lelakinya, Abhishek juga disahkan positif tetapi masih menerima rawatan.

Menantunya, Aishwarya Rai dan cucunya, Aradhya juga disahkan dijangkiti virus itu bagaimanapun, mereka dibenarkan discaj lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishwarya Rai, anak pulih Covid-19


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!