Bomba Bidor 'curi masa' laksana ibadah korban

Kesibukan tugas tidak menghalang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor melaksanakan ibadah korban, semalam.
Kesibukan tugas tidak menghalang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor melaksanakan ibadah korban, semalam.
A
A
A

TAPAH - Kesibukan tugas harian tidak menghalang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor melaksanakan ibadah korban, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, dua ekor lembu ditumbangkan bagi melaksanakan ibadah itu yang diadakan pekarangan balai mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan.

"Seramai 10 anggota bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan penduduk setempat berganding bahu melaksanakan ibadah korban, di sini.

"Selain melaksanakan tugas hakiki sebagai ahli bomba, kita juga mahu pegawai dan anggota menghayati dan memahami erti ibadah korban ini dalam kehidupan seharian," katanya.

Hadir sama pada program itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu.

Agihan daging korban turut dilakukan kepada golongan asnaf di kawasan Bidor.

Ibadah korban dilaksanakan dalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan.
Ibadah korban dilaksanakan dalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: