Kejohanan dalaman mampu pacu semula prestasi pemain negara

Kejohanan simulasi dalam kalangan pemain negara disifatkan pendekatan terbaik untuk mengembalikan kecergasan mereka.
Kejohanan simulasi dalam kalangan pemain negara disifatkan pendekatan terbaik untuk mengembalikan kecergasan mereka.
A
A
A

PENGANJURAN kejohanan dalaman atau simulasi dalam kalangan pemain negara disifatkan pendekatan terbaik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengembalikan kecergasan pemain mereka

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, kejohanan sedemikian penting setelah hampir empat bulan pemain tidak beraksi secara kompetitif berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan susulan pandemik Covid19.

“Seperti kita tahu semua pemain kini berada Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk menjalani latihan. Bagi saya ia satu usaha yang bagus selepas pemain senior dan junior tidak dapat bermain dalam pertandingan atau kejohanan besar kerana pandemik Covid-19.

“Oleh itu, sekurang-kurangnya pertandingan simulasi ini dapat membantu pemain kembali ke prestasi mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah James, untuk menjadikan kejohanan simulasi ini lebih menarik mungkin beberapa insentif boleh disediakan kepada pemain.

James Selvaraj
James Selvaraj

Katanya, insentif itu juga mungkin dapat menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk memberikan aksi terbaik masing-masing pada perlawanan berkenaan.

Sementara itu, mengenai pelantikan Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), James yang juga bekas pemain negara menyifatkannya petanda positif yang mana persatuan mempunyai visi dan misi mahu memacu akademi ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Gambardella juga wajar diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya bagi menjawat jawatan berkenaan.

"Bagi saya, pelantikan ini bagus kerana sekurang-kurangnya untuk membawa pembaharuan.

“Biarpun ada orang kata mengapa tidak ambil rakyat tempatan, bagi saya ini bukan isu kerana BAM tentu mahu mengambil DNA baharu dalam memperkasakan sistem pengurusan dan sains sukan akademi berkenaan,” katanya.