Bukan semua orang mampu bayar saman RM1,000

Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada sesiapa yang degil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada sesiapa yang degil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
A
A
A

MULAI 1 Ogos lalu, kerajaan telah bertindak ke atas mana-mana individu yang ingkar dengan arahan pemakaian pelitup muka yang diwajibkan semasa menggunakan pengangkutan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum.

Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada sesiapa yang degil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Akibatnya pada hari pertama penguatkuasaan itu, seramai 127 orang telah didenda kerana tidak mematuhi peraturan baharu itu.

Memang rasa kasihan kepada mereka yang terpaksa membayar denda sebanyak RM1,000 itu. Namun mereka perlu menyalahkan diri mereka sendiri.

Kerajaan sebelum ini telah memberikan banyak kali peringatan dan seharusnya kita sebagai rakyat yang ingin memastikan rakyat kita sihat daripada diserang coronavirus (Covid-19), masalah denda ini tidak mungkin berlaku.

Di beberapa negara lain, mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan ramai telahpun dikuatkuasakan. Oleh itu, kita semua perlulah membiasakan diri dan menjadikan sebagai amalan biasa setiap kali meninggalkan rumah.

Ketika ramai yang hilang kerja dan sesetengah pula menerima pemotongan gaji antara 10 hingga 50 peratus, sekiranya didenda RM1,000, ia satu jumlah yang amat cukup berat.

Apa yang diketahui, antara pesalah-pesalah yang dikenakan denda RM1,000 itu termasuklah makcik-makcik yang berkelah ditepi pantai, orang-orang muda yang 'lepak' di kawasan rehat dan tidak kurang pula peniaga kecil yang membuka kedai makan di dalam pusat membeli-belah.

Manalah nak cari RM1,000 sedangkan duit belanja untuk makan dan minum pun kena berjimat. Itupun belum kira duit untuk bayar pinjaman kereta ataupun rumah.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, beringatlah. Apabila diri kita sendiri sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan, kesihatan orang yang berada di sekeliling kita pasti selamat dan terjamin.