Kerajaan Perak tak kompromi penerokaan bekas lombong

Abdul Yunus Jamhari
Abdul Yunus Jamhari
A
A
A

[LAPORAN KHAS] IPOH - Kerajaan Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana peneroka haram bekas lombong yang menjejaskan pendapatan nelayan darat.

Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, pihaknya mengakui terdapat pihak tertentu yang meneroka kawasan bekas lombong bagi tujuan ternakan itik dan ikan secara lepas bebas.

Katanya, keadaan itu menimbulkan konflik di antara nelayan darat dan pengusaha bekas lombong tersebut.

"Sehingga kini, seluas 160 hektar kolam bekas lombong milik kerajaan negeri telah dikenal pasti kebanyakannya di daerah Kinta dan Kampar untuk diwartakan sebagai perairan umum bagi tangkapan ikan nelayan darat.

"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk wakil rakyat di kawasan terbabit untuk menyelesaikan isu ini," katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 1,895 nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Perak manakala dianggarkan sebanyak 350 lagi nelayan darat tidak berdaftar dengan jabatan tersebut.

Dalam usaha menangani konflik di antara nelayan darat dan pengusaha bekas lombong, Abdul Yunus berkata, pihaknya akan mengadakan lebih banyak program perjumpaan dan penerangan mengenai isu ini kepada golongan sasar supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas peneroka haram melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak jabatan dan agensi berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kerajaan negeri tidak mahu berlaku monopoli pihak-pihak tertentu sehingga menjejaskan golongan nelayan darat yang menjadi penyumbang kepada sektor perikanan negara.

INFO

- 1,895 nelayan darat di Perak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan

- 350 nelayan darat di Perak belum berdaftar dengan Jabatan Perikanan

- 160 hektar kawasan kolam bekas lombong dikenal pasti untuk diwartakan