X

Kindly register in order to view this article
!

Warta kawasan lombong, hentikan monopoli

Sairul Nizam (dua dari kiri) memberikan penerangan tentang lokasi bekas lombong yang digunakan nelayan darat kepada pegawai daripada Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.
A
A

[LAPORAN KHAS] IPOH - Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) sudah mengemukakan aduan, bantahan dan cadangan kepada kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Perak berhubung isu pencerobohan bekas kawasan lombong di Perak.

Yang Dipertua PENIAT, Sairul Nizam Mohamad Salleh berkata, masalah yang dihadapi nelayan darat itu berada pada tahap kritikal yang memerlukan penyelesaian segera oleh kerajaan.

Jelasnya, sebelum ini PENIAT menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha menghapuskan keladi bunting yang menjejaskan nelayan darat di sekitar kawasan Sungai Galah.

Bagaimanapun, masalah itu masih belum dapat diatasi sepenuhnya dan nelayan darat terpaksa bergantung kepada bekas lombong sedia ada.

"Malangnya nelayan darat berdepan pula masalah penerokaan haram kawasan bekas lombong sekaligus menyukarkan mereka untuk mencari rezeki.

Nelayan darat memerlukan bantuan kerajaan untuk mewartakan kawasan bekas lombong sebagai kawasan perikanan darat untuk memudahkan mereka mencari rezeki tanpa gangguan pihak tertentu.
Nelayan darat memerlukan bantuan kerajaan untuk mewartakan kawasan bekas lombong sebagai kawasan perikanan darat untuk memudahkan mereka mencari rezeki tanpa gangguan pihak tertentu.

"Golongan nelayan merupakan kumpulan yang perlu dibantu bukan diberikan bantuan kewangan atau peralatan tetapi memudahkan mereka untuk bekerja menangkap ikan," katanya.

Sairul Nizam berkata, pada tahun 2017, pihaknya sudah menghantar cadangan pewartaan kawasan-kawasan bekas lombong untuk dijadikan sebagai kawasan perairan perikanan darat tetapi sehingga kini masih belum dapat direalisasi.

Jelasnya, PENIAT melihat pewartaan itu penting kerana dengan cara itu sahaja masalah penerokaan haram kawasan bekas lombong dapat diatasi dan nelayan darat boleh mencari ikan tanpa rasa takut.

Melalui pewartaan itu juga, kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang kepada penceroboh haram dan membawa mereka ke muka pengadilan kerana tidak langsung membawa keuntungan kepada negeri.

Selain itu juga, Sairul Nizam turut mengesyorkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak mewartawakan beberapa kawasan bekas lombong sebagai kolam takungan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kampung Gajah, Pasir Salak.

Katanya, apabila terdapat pewartaan sedemikian, golongan nelayan boleh bertindak menjadi mata dan telinga kerajaan jika berlaku penerokaan haram.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!