Remaja lemas di Tasik Paya Biru

Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa selepas ditemukan lemas di dasar Tasik Paya Biru, Felda Loh Heng Selatan, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa selepas ditemukan lemas di dasar Tasik Paya Biru, Felda Loh Heng Selatan, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kegembiraan enam sahabat mandi di kawasan Tasik Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan, Bandar Penawar dekat sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Akmal Hakim Abdul Karim, 19, mandi di tasik tersebut bersama-sama tiga rakan lelaki dan dua rakan perempuan.

Rakan-rakannya dikatakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal dan terus menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapatkan bantuan.

Tasik Paya Biru di Felda Lok Heng Selatan.
Tasik Paya Biru di Felda Lok Heng Selatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa dilakukan sekitar dan dalam kawasan tasik berkenaan.

"Mangsa ditemui pada jam 12.53 tengah hari di dasar tasik pada kedalaman 2.4 meter. Mangsa yang disahkan meninggal dunia dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan tidak melibatkan sebarang perbuatan jenayah.

Papan tanda amaran sudah diletakkan sebagai peringatan kepada orang ramai.
Papan tanda amaran sudah diletakkan sebagai peringatan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi atau mandi di tempat berkenaan kerana kawasan itu telah diarahkan tutup pada 2018.

Jelasnya, arahan tersebut dikeluarkan selepas mendapati kejadian lemas berlaku di tasik itu.