X

Kindly register in order to view this article
!

Azwanddin letak jawatan Presiden JMM

Azwanddin Hamzah
A
A

SHAH ALAM - Datuk Azwanddin Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuat kuasa hari ini.

Jawatan itu akan diisi oleh Ahli Majlis Tertinggi JMM, Azlan Johar, 57, berkuat kuasa esok setelah 13 tahun Azwanddin mengemudi badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

"Pemilihan Azlan bagi mengisi jawatan presiden telah dibincangkan dua bulan lepas dalam mesyuarat jawatankuasa JMM. Saya harap beliau akan melaksanakan tugas dengan penuh amanah demi kepentingan Melayu dan Islam," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Sejahtera Melayu anjuran JMM di sini hari ini.

Sementara itu, Azlan yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan berkata, beliau akan menyambung legasi ditinggalkan Azwanddin, 47, dengan jujur dan amanah kepada ahli JMM.

“Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, JMM merancang menjelajah ke seluruh negara bagi menambah ahli baharu dalam persatuan ini,” katanya.

JMM, yang ditubuhkan pada 2008, bermatlamat memartabatkan serta mempertahan hak-hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan mempunyai 5,000 ahli berdaftar di seluruh negara. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus