X

Kindly register in order to view this article
!

'Situasi berlaku di Sabah sesuatu yang aneh'

Muhammad Mohan
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan antirasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) menyifatkan apa yang berlaku di Sabah kini sebagai sebagai sesuatu yang aneh.

Presidennya, Muhammad Mohan mempersoalkan bagaimana sebahagian besar wakil rakyat daripada sebuah parti yang menguasai dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh beralih sokongan kepada pembangkang secara tiba-tiba.

"Bolehkah ini terjadi tanpa sebarang insentif?" katanya menurut laporan sebuah portal berita hari ini.

Muhammad berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin menghampiri kebimbangan seterusnya iaitu sama ada berlaku aktiviti membeli undi dalam kalangan orang ramai atau tidak.

"Kami tahu ini merupakan tugas sukar tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melakukan apa yang termampu bagi menghalang tindakan yang tidak boleh dimaafkan itu daripada berlaku.

"Rakyat pula tidak sepatutnya membiarkan ia terjadi kerana rasuah akan memusnahkan setiap inti pati demokrasi," katanya.

Pada masa sama, Muhammad menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah melaporkan sebarang cubaan merasuah mereka kepada SPRM walaupun bukti mengenainya sukar dikumpul.

"Kepada beberapa wakil rakyat yang sudah membuat kenyataan terbuka bahawa ada tawaran dibuat, SPRM sepatutnya bertindak segera untuk menemu bual ahli politik terbabit dan memulakan siasatan," katanya.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki sokongan majoriti daripada ADUN negeri itu untuk membentuk kerajaan baharu.

Beberapa ADUN Sabah kemudian mendakwa mereka ditawarkan sejumlah wang dan jawatan untuk lompat parti bagi menjatuhkan kerajaan diketuai Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan negeri baharu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus