X

Kindly register in order to view this article
!

Tanggung kos kuarantin atau benarkan kuarantin di rumah

P Prabakaran
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menanggung kos kuarantin di pusat kuarantin atau membenarkan individu pulang dari luar negara menjalani kuarantin di rumah.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, keputusan kerajaan mewajibkan individu terlibat menjalani kuarantin di pusat kuarantin membebankan golongan yang kurang kemampuan.

"Ini termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang bimbang pulang ke tanah air kerana tidak mampu menampung caj kuarantin yang berubah-ubah. Kerajaan Singapura menanggung kos kuarantin rakyatnya sementara pekerja asing perlu menanggung kos tersebut.

"Berbeza di Malaysia saya boleh katakan secara terbuka ada sesuatu yang tidak kena selepas kerajaan beberapa kali mengubah keputusan berhubung isu kuarantin dan kos pusat kuarantin," katanya.

Beliau diminta mengulas isu kuarantin Malaysia-Singapura yang dilaksanakan di Johor Bahru Sentral semalam selepas bertemu penduduk Taman Wahyu bagi meninjau kolam takungan tercemar disebabkan sampah di Lakeville Jalan Kuching hari ini.

Menurutnya, belum tiba masanya kerajaan membantu industri perhotelan kebajikan rakyat lebih utama buat ketika ini.

"Kebajikan individu di pusat kuarantin perlu diuruskan sama seperti penduduk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi sebelum ini yang ditanggung Kementerian Kesihatan.

"Pelaksanaan kuarantin di hotel ini disebabkan segelintir individu yang tidak patuh arahan untuk kekal di rumah tetapi Sarawak, mereka dipantau menerusi Sistem Pengesanan Global (GPS) membolehkan pergerakan dikesan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya kekerapan ujian swab terus dipergiatkan terutama di sempadan Johor- Singapura yang dilihat lebih efektif dalam mengesan pesakit Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!