Cubaan seludup 600 burung murai ke Indonesia gagal

ATM berjaya mematahkan cubaan menyeludup 600 ekor burung murai di Kampung Punggai, Bandar Penawar, Johor malam kelmarin. - Gambar hiasan
ATM berjaya mematahkan cubaan menyeludup 600 ekor burung murai di Kampung Punggai, Bandar Penawar, Johor malam kelmarin. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 600 ekor burung murai dianggarkan bernilai antara RM18,000 hingga RM24,000 menerusi Op Benteng di Kampung Punggai, Bandar Penawar, Johor malam kelmarin.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, pasukan Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) yang bertanggungjawab menyelia kawasan itu menerima maklumat orang awam yang melihat sebuah bot mencurigakan berada di pesisiran pantai di Kampung Punggai.

“Susulan itu, Tim Quick Reaction Force (QRF) pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) bertindak kira-kira jam 10.15 malam dan menemui 60 bekas (crates) berisi 600 ekor burung murai yang cuba diseludup ke Indonesia.

“Barang rampasan diserahkan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Johor untuk tindakan lanjut dan laporan telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan mereka yang terlibat melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengatur gerak sebuah bot untuk membuat pencarian di kawasan perairan namun bot yang digunakan penyeludup serta suspek masih belum ditemukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: