Warga Myanmar ditemui mati tergantung

Seorang buruh warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di tiang simen di kawasan tapak pembinaan rumah teres di Bukit Abal.
Seorang buruh warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di tiang simen di kawasan tapak pembinaan rumah teres di Bukit Abal.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang buruh warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di kawasan tapak pembinaan rumah teres di Bukit Abal di sini pagi tadi.

Mayat Shaddiq Hussein, 28, ditemui terjerut pada wayar getah yang tergantung di sebatang tiang simen oleh rakannya sekitar jam 8 pagi.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis oleh pihak polis pada jam 9.30 pagi untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa dikatakan baru sebulan bekerja di kawasan tapak pembinaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: