X

Kindly register in order to view this article
!

'Wakil rakyat lompat parti demi habuan bukan pemimpin yang baik'

Hayatul Kamil
A
A

SHAH ALAM - Amanah dan tanggungjawab terhadap parti perlu dijadikan pegangan kepada setiap pemimpin yang dipilih rakyat.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Bandar Tun Razak, Ir Hayatul Kamil berkata, wakil rakyat yang mudah melompat parti demi habuan dan kepentingan peribadi bukanlah seorang pemimpin yang baik.

Malah katanya, fenomena lompat parti dalam kalangan ahli politik kini amat menjijikkan kerana ia boleh menyebabkan kerajaan dipilih rakyat sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri, jatuh.

Menurutnya, undi yang diberikan adalah berdasarkan kepercayaan rakyat kepada parti yang bertanding tetapi dikhianati oleh ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan bertindak keluar parti atau beralih kepada parti lain.

"Sebabnya ialah ahli Parlimen tersebut menerima tawaran wang ringgit bernilai jutaan ringgit supaya mereka meninggalkan parti asal, selain tawaran jawatan dan pangkat.

"Budaya ini telah berlaku di Malaysia dengan meriahnya. Sejak Langkah Sheraton berlaku dan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), ia menular pula ke beberapa buah negeri seperti Melaka, Kedah dan Johor yang menyebabkan kerajaan negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hayatul mendakwa, gerakan rasuah politik itu bagaimanapun gagal di Sabah hasil tindakan pantas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meskipun ramai wakil rakyat di negeri itu telah dibeli sehingga bernilai RM35 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Lompat parti umpama khianat amanah rakyat: Dr Mahathir


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!